18/08/2012

SALAM LEBARAN..




Pergi ke kedai membeli halia
Kesana dengan menaiki sampan
Bulan Syawal bulan yang mulia
Marilah kita saling bermaafan


Kami warga SK SEGAMAT KECIL mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin...







kullu amin wa antum bil khoir...



17/08/2012

IHYA' RAMADHAN

TARIKH : 15 Ogos 2012
MASA : 6.00 pm- 10.00 pm


Alhamdulillah, Ihya' Ramadhan di SK Segamat Kecil telah di akhiri dengan ' MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IFTAR JAMAI'E & SOLAT HAJAT '



MAJLIS KHATAM AL-QURAN OLEH GURU-GURU SK SEGAMAT KECIL




murid-murid Islam SK Segamat Kecil.. :)












BUNGA TELUR & PULUT KUNING







MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB,PENDUDUK KG SEGAMAT KECIL & WARGA SK SEGAMAT KECIL..


bersama YB Azhar, ADUN TENANG


meriah!! anak-anak SK Segamat Kecil

bersama penduduk Kg Segamat Kecil



Alhamdulillah..majlis berjalas dengan lancar.. terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..semoga Allah membalas jasa kalian...
kullu amin wa antum bil khoir..


شکرا جزيلا



10/08/2012

MARI MENCARI LAILATUL QADAR..




KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR

1- Lailatul Qadar adalah malam yang diturunkan Al-Quran padanya

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan: “Allah menurunkan Al-Quran secara sempurna sekaligus dari Lauhul Mahfuz ke Baitul ‘Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam tersebut secara terpisah (beransur-ansur) sesuai dengan kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.” (Tafsir Ibnu Katsir, 14/403)

2 - Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan
Firman Allah Ta'ala:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr: 3). 

An-Nakha’ie berkata: “Amalan pada malam lailatul qadar lebih baik dari amalan di seribu bulan.” (Lihat Lathaif Al-Ma’arif, ms. 341) 

Mujahid, Qatadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada malam lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa selama seribu bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masir, 9/191) 

3 - Para malaikat termasuk malaikat Jibril turun pada Lailatul Qadar.

Firman Allah Ta'ala:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا

Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ar-Ruh (malaikat Jibril).” (Al-Qadr: 4)

4 - Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah
Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari)

Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan إِيمَانًا (dengan penuh keimanan) adalah membenarkan janji Allah iaitu pahala yang diberikan (bagi orang yang menghidupkan malam lailatul qadar). Sedangkan احْتِسَابًا bermakna mengharapkan ganjaran pahala, bukan kerana mengharap yang lainnya seperti riyak. (Fathul Bari, 4/251)

DOA PADA MALAM LAILATUL QADAR

'Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: ”Katakan padaku wahai Rasulullah, apakah pendapat engkau, jika aku mengetahui suatu malam itu adalah lailatul qadar. Apakah yang akan aku katakan (berdoa) di dalamnya?” 

Baginda menjawab, ”Katakanlah (Bacalah):

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ 

Ertinya: Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan menyukai permohonan maaf, maka maafkanlah daku. (HR. Tirmizi, no. 3513, Ibnu Majah, no. 3850, dan Ahmad 6/171)

___________________________
P/S: semoga Allah Ta'ala memberi kepada kita kelapangan untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah.

08/08/2012

KEPULANGAN YANG DI JANJI..

Setiap yang hidup pasti akan mati..kita yang hidup tidak tahu entah esok atau lusa akan menemui Penciptanya..


Kehilangan yang dirasai. Seorang sahabat yang pernah bersama 2009-2012  di SK Segamat Kecil telah meninggal dunia  pada 7 Ogos 2012 jam 2.00 pagi di Hospital Besar Segamat akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Arwah En. Zawi Bin Che Wang berumur 49 tahun meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti Laut, Muar selepas Zuhur. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.Amin.

Moga juga keluarga arwah tabah menghadapi kehidupan mendatang...

Pergi buat selama-lamanya.. Al-Fatihah...

















KENANGAN  BERSAMA ...



Bersama anak-anak kelas tahun 4..

Ketika Hari Guru

Bersama ketika hari keluarga SK Segamat Kecil

Bersama ketika Hari Sukan Sekolah..

05/08/2012

RAMADHAN BULAN YANG MULIA

Alhamdulillah.hari ke 15..sekejap lagi Ramdhan akan meninggalkan kita..
Sebelum terlambat marilah sama-sama kita meningkatkan amalan di bulan yang mulia dan penuh barokah ini...

InsyaAllah...