08/08/2012

KEPULANGAN YANG DI JANJI..

Setiap yang hidup pasti akan mati..kita yang hidup tidak tahu entah esok atau lusa akan menemui Penciptanya..


Kehilangan yang dirasai. Seorang sahabat yang pernah bersama 2009-2012  di SK Segamat Kecil telah meninggal dunia  pada 7 Ogos 2012 jam 2.00 pagi di Hospital Besar Segamat akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Arwah En. Zawi Bin Che Wang berumur 49 tahun meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti Laut, Muar selepas Zuhur. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.Amin.

Moga juga keluarga arwah tabah menghadapi kehidupan mendatang...

Pergi buat selama-lamanya.. Al-Fatihah...

















KENANGAN  BERSAMA ...



Bersama anak-anak kelas tahun 4..

Ketika Hari Guru

Bersama ketika hari keluarga SK Segamat Kecil

Bersama ketika Hari Sukan Sekolah..

2 comments:

  1. Al-Fatihah.. terkenang semasa bersama di hari keluarga SkSk, Almarhom begitu ceria semasa bermain bowling, dan sporting. melayan kerenah kwn2.. yg masih terbayang lumba renang kuak lentang dgn hj. zakaria.

    ReplyDelete
  2. Permata yang hilang. Sahabat yang baik x pernah mengeluh pada amanat yang dijanji..Perginya sebuah ketetapan dan moga tenang dan damai di sana.Amin

    ReplyDelete